Monday, September 24, 2012

I'm Backk....

10 Drop Comment
 

Hai! Rindu betul kat cinta hati sy nh. Takde niat pun sy nak melupakan awk apetah lagi menduakan awak. Last sy sempat jengah awk bulan mei, sekarang dah sept, diulangi SEPT yer. hihi. Sory laa wahai buah hati ku yang tercinta. Terima kasih kepada yang still lagi meninggalkan jejak even owner nye sibuk tahap gaban.  Macam biasa tittle takde kene mengena ngan entry. Ekcelii terdenga lagu jiwang nh: SUCCESS. Syahdu laa pulak. Lahaii. N yang paling excited nye tengs to Mr. Piko yer. coz sponsor header sy nh. Seronok je nak berbloging bila layout da berubah wajah.

Rasanya tak telambat untuk sy update pasal Raya. Raya dis year simple je macam tahun2 yang sudah, pagi raye balik rumah abah, salam2 cium tangan then terus cabut balik Melaka n Segamat. Heppy Belated Raya semua! Maaf zahir batin. Hehe~


Model Tak Bebayar. Hihi


Bila da lama tak update, haa ni laa rasenya, kekok semacam! Heee, oke, 1st thing nak cerita sal habis study. Proses menganggur pun bermulalah menjadi seorang housemaid, keja nh best tp betul2 menguji kesabaran, sebab 24 hours kerja. Tapi banyak ilmu yang dapat, kalau masuk master chef tu da bole jadik juara la orang kate sbb hari2 mencuba resepi yang baru. Haha. Joke je! Basic salary tu xde tapi dapat laa upah, petrol yg paling penting! Instead menjadi housemaid sepenoh masa, hari2 nak kena face ngan LINA jobstreet nh, dy laa orang yg betangungjwab sugest kan kite kerja, tp dalam banyak2 resume yang submit, 1,2 je boleh pakai. Takpe laa LINA awak dah lakukan yang terbaikk. Hihi (Sarcastic!)

Usaha, tawakkal dan penantian akhirnya membuahkan hasil. Sy dapat offer as "Mortgage Consultant". Bunyik macam menarik, interesting je kan, tp job dy kena bedepan dengan client yang banyak pe'el n karenah. Ape yang sy pelajari manusia nh tergolong kepada 4 kumpulan: Kita gelar mereka 1) Owl, 2) Peacock, 3) Dove & 4) Eagle. Bila berdepan dengan kesemua gol nh maka sy lebih kompiden tuk berdepan n berhujah dengan mereka. Atau dengan erti kate name lain, memahami ape itu CONSUMER BEHAVIOR. Scope kerja nya advise client utk mengurangkan/reduce kadar interest rumah yang dipinjam. Basic salary yang ditawarkan pun setimpal dengan qualification degree yang sy ade. Tp so sad, sy tak dpaat nak teruskan kerjaya nh..


Nak cerita tentang kerjaya nh, it's true if awk ade Deg, Master, PHd, etc plss jgn demand. Yang dapat gud job tahniaah sy ucapakan. Rezeki masing-masing. Even sy dapat job yg basic salary nye sekangkang kera i dun mind, yg penting sy mahukan xp  dulu n even sy tau ade yang memandang serong, ape yang paling utama anda tak menyusahkan orang lain dan yang lagi penting halal. Ikhlas dalam melakukan kerja insyaallah berkat walaupun tak seberapa. Allah tidak pernah menghampakan hamba-Nya. Bcause nowadays, semuanya perlukan experience. Even pointer or CGPA awak tinggi melambung, tak menjamin tuk dapat kerja yang diingini. Nisbah tuk dapat tu 1/10. Kalau yang still mencari tu jangan give up, grab aje ape yang dapat, cuz zaman era moden nh, employer tak berapa nak pandang segulung kertas tu, ape yang penting pengalaman n semangat yg kite tunjukkan. Berpuluh puluh ribu lagi di luar sane yang still menganggur. Siapa kita yang mahu memilih n demand terlalu tinggi. Somemore sekarang, SPA pun dah kasi green light tuk pemegang DIP, BACH apply jawatan levell SPM. Jadi yang level SPM nh macam mana la nasib dorang kan?. Renungkan.

 "setiap pekerjaan yang dibuat hendaklah disertai dengan niat"
(HadithRiwayat Bukhari dan Muslim)

 ok! Hepy work day! Kpd yg tengah betungkus lumus bekerja ;)


Thursday, May 24, 2012

♥ Kerana Dirimu Begitu Beharga ♥

4 Drop Comment
 

Hai! Sahabat, teman dan rakan adalah satu perkataan yang begitu sinonim dan seringkali kita dengar. Namun sejauh mana seseorang "sahabat" itu memainkan peranan? Ada sahabat atas dasar nama shj tapi  at last hampeh!.Berat sekali untuk diterjemahkan. Teman di kala susah? Amat jarang sekali tapi kalau teman di kala senang tak perlu untuk diseru dan bersusah payah, mereka sendiri yang datang menagih. Lumrah laa der! Sahabat tikam belakang? Berderet-deret tak terkira. Sahabat begini elok ditikam je hidup-hidup. Ha ha! #Kejamm. Ape pun pandangan setiap individu mengenai istilah sahabat nh, tepuk dada ty hati. Anda sendiri boleh menilai sejauh mane keihlasan mereka terhadap anda. Kalau dari awal dah nampak takde kepentingan better angkat kaki and said "i dun need u anymore". Sbbnya orng orang mcm nh laa yang akan membawa bale petake in relationship. Mengenali sahabat yang sejati tidak perlu mengambil masa yang lama, smtms dalam 1 minit pun boleh mnjadi sahabat dunie dan akhirat. Miracle!

Sy pasti anda pun ada listing or top 10 carta sahabat. Okeh, FYI di sebabkan terlalu rndu dgn kengkawan, salah satunya sy usyar blog MissSha. Perghh! Sentap dan terkedu, terjumpa entry mengenai sahabat dan sala satunya sy ada dalam listed dy. Sangat2 terharu. Pernah terfikir juga nak buat macam nh tapi kang ada yang tertacingg kalau ada nama2 yang tak disebutkan. So, jangan risau sahabat yang sy slalu care adalah sahabat yang sy paling sayang. Tak perlu buat list pun tak pe kan? hihi. Okeh, Soryy misssha terstalkk blog awak. =)


Hard times don't last forever
but true friendship do..
i'll always be there..
for anything you need..
even if it's just someone to listen.

Ni antara entry misssha yang buat sy terharuu sangat2 :

 
Farawahida

Rara. Sweet names like the owner. Lembut-lembut keras hati. Kalau gaduh mesti kite yang kene tegur dulu. Ra, aku sayang kau sangat. Walaupun kite baru rapat last sem diploma aku, tapi aku macam kenal kau lama dah. Maafkan aku kalau aku banyak nyusahkan engkau. Aku tetap ingat kenangan kite time kat Segamat dulu. Lepak-lepak kat Dataran Merdeka, etc. Kalau kau terasa dengan aku, aku mintak maaf awal-awal taknak engkau berdendam dengan aku.

Entry yang sangat openn. Hewhew~Luv Ya missha 0-0!



Friday, March 16, 2012

Bicara Hati.. #1st serries

3 Drop Comment
Hai! Putus cinta. Satu perkataan yang sinonim untuk pasangan yang sedang bercinta. Huh, pastinya terasa mahuu menikam hatii kita. Di saat menaip entry nh, lidah kelu untuk berbicara, walhal jiwa meronta-ronta untuk menzahirkan. 

Takee 5, tarik nafass sedalam-dalamnya. Maaf, entry yang banyak merapu, mengatur ayat bukanla bende yang mudah. Salah kate, binase jadinya. okkk, teruskan kepada bicara hati. Hai Hatii! Terlalu lama wa biakan lu menderita,trus-terusan lu dikerjakan oleh gua waima lu da sampai tahap kritkal, nyawe di hujung tanduk, dah wajib gua sedekahkan yassin untuk lu hati.

Berat, berat.. Berat meninggalkan berat ditinggalkan. Tapi berat lagi meninggalkan. Apekan daya, gare2 hatii gua! Gua ibarat Mr Hyde & Jekyll. Kadang2 transformer jdik Hyde, kadang2 Jekyll. Separator identity.  Haha#

Hai! sang Kumbang wa bukan playgirl, wa pena syg lu sepenuh hati, berikan yang terbaikk, tp dah nme sang Teruna (tak sume mcm tu, wa tujukan untuk segelintir shj, smtms si Bunge pun nop really appreciate),  olweys take for granted. Jarang untuk mereka nmpk dan hargai, sampai mase terkapai2 menegakkan benang yg sudah sedia basah.  Sampai mase, hatii wa kata, hye2 bye2 . Antara lampu merah dan hijau gua lagi prefer pada lampu kuning. Get ready dalam apa-apa jua situasi. 

Huh, sedih untuk perhubungan yang tiada ending, terasa macam sia-sia. Walhal waktu muda remaja nh, banyak lagi ilmu yg perlu ditimba, bukan hanyut dengan cinte duniawi. Remaja hy sekali, enjoyy la, for wat reason untuk bersedih? Apa yang jadi ada hikmahnya, wa trime dgn hati terbuka. For now, wa lagi prefer untuk merawat hatii wa, wa da serikk tangkapp leleh. Better berkawan-kawan dulu, kenal hati budi, wa da serik untuk terus menyambar sedangkan hati belum sembuh sakitnya. Salah satu reason wa tak boleh lonelyy#

From noww on, baru wa tau, pedihnyaa lonely itu, ibarat kapal yang karam di tengah lautan. mengikut haluan ombak, ke kri, ke kanan, depan belakang tanpa arah tuju. Biarla 1 day nnt ada yang terus dtg melamar wa, haha# dari wa terus menyakiti dan disakiti. Bergelar lonely bukan mudah, pantang larangnya, terpaksa elakkan diri dari situasi terkurung dalam kesunyian, move on bersosial (hangout dengan rakan2, bila lagi? If tak selalu berkepit dengan boyfee 24 hours, masa untuk bersama fmily, bila lagi? If tak terase fmily no 2, boyfee no 1. For sure paling penting, mangadap tuhan yang maha Esa, ubat menjarab hati, xde kat farmasi or mane2 sekalipunn.  Fuhh, akhirnyaa lega.. Da sejam wa bermenung untuk entry nh.

"...tak salah campur adukkan persahabatan &perkahwinan..
.mungkin persahabatan itu m'eratkan lg perkahwinan..."
"...seorang suami tak semestinya b'sedia sbgai sahabat...tp sahabat slalu b'sedia sbgai suami..."
 
PERUTGUADAKERONCONG~ Soonwaupdated, tengs yg sudi bace;) Salam Sabtu!~



Sunday, February 5, 2012

MENTAL vs PSIKOSIS

16 Drop Comment


Hai! Korang pernah tak jumpa  golongan yang terlalu depress, everything yang orang lain buat ada saja yang tak kena. Marah tak tentu fasal, takde angin takde ribut. Mengada-adakan cerita yang takde. Lebih parah sanggup menjatuhkan orang lain, dan mengaibkan orang lain, dengan erti kata lain meroyan atau apa-apalah yang dibuat asalkan diri sendiri puas. Alaa, senang kata macam penyakit gila "FESSIBUK", bila si anu menuduh si anu dengan tuduhan yang tidak berasas dalam fb, lepas tu pulak berderet laa yang mmberi respon tanpa menyelidik kebenaran satu pihak yang lain. Orang putih kate: You are not in my shoes. Orang melayu pulak kate: Jaga kain sendiri, jangan suka menyelak kain orang lain. Pada peringkat awal gol. ini memang ramai pengikut disebabkan ayat-ayat simpati dan bombastik mereka. Lama kelamaan apabila kebenaran terbongkar xde lagi yang percaye. Kesian kan. Lebih baik berdiam diri dari berkata-kata. Berdiam diri tak semestinya kalah. Yes, memang ade orang mcm nh. Kalau pernah kena, dun weryy mereka nh mmg mental. 







Apa yang dimaksudkan dengan mental nh sebenanya. Aku sure sume orang tau. Yang tak tau tu, anda tergolong dari golongan yang mental. hihi;p Di saat menaip entry nh, idea mencurah-curah sebabnya aku dah jumpa ciri-ciri orang yang mental nh. (Identiti dirahsiakan).  Fakta mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada 9 penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia. See! Bermakna salah seorang daripada orang disekeliling anda akan menghidap penyakit nh. Mental yang aku maksudkan di sini bukan mental yang tahap kronik macam kat Hospital Bahagia, Tampoii tu. Mental yang aku maksudkan tahap yang masih boleh dikawal dan diubati. Maksdnya bukan di tahap serius.

12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental- Golongan sakit mental nh merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja. Puncanya bagi wanita krn maslh dgn pasangan dgn anak-anak. Bg kaum adam, punca lebih kpd kemalangan jln raya yang mana mengalami kecederaan otak dan salah guna dadah. 

Sebenarnya mental nh bermula dari masalah kemurungan (depression), ketakutan (fobia), keresahan (anxiety) yang berpanjangan. If korang ada tanda-tanda nh, dan berpanjangan cepat-cepatla berjumpa pakar sebelum ke tahap PSIKOSIS, sebelum orang sekeliling terancam dan yang tak berdosa turut terlibat sekali. Pencegahan awal, amalkan cara hidup yang sihat, bersosial dan tidak terlalu obses memikirkan masalah dan mengurungkan diri. Info lanjut, boleh cari mr google or yahoo.. Muahaha, Sekian ;)

P/s: sekadar renungan bersame ;)



Monday, January 30, 2012

FELDA- 1st day internship

8 Drop Comment

Ok my first day?  dble triple exhausted mak datuk, ayoyo... Surrounding, condition yang baru, agak shock di situ. Nebes usah dikira. Nasib ada geng, siyes tak sangka dapat tempat yang sama, plus advisor thesis pun yang sama. Rejekii name nya. 

Okay, da set dalam mind first day praktikal, sure kena photostat, filing, bancuh kopii,bla bla bla... Ahai! Bese la budak baru mesti kena buli.

Fuhh jangkaan meleset. FELDA tak macam tu, hope sampai habis tak la yer. Ramah tamah budi pekerta staf staf nya, tak sombong. Pagi buta masuk, 6.45 pg da gerak dari rumah, takut jemm punye pasal. Nampak tak semangat di situ. Hehe. Around pukul 9 turun padang tolong bhg HR jage budak2 intebiew. Pecah pale jugak aku dok ushaa soalan2 interview untuk posting Acc Trainee nh. Aq yang tolong tande kertas diorang. Bile da lepas due2 ujian (behavior & Numerical) baru laa success ke last interview session. Sebab budak2 ACC kena lepas ape ea nama dy CIMA. Lebey kurang macam tu la bunyinya. 

Yes, mmg susa ekcelli nak masuk FELDA, memang kencang diorng punya pointer. Sampai ptg jugak laa nak tgu diorng selesai intebiew. Hope2 laa praktikal aq nh diserap terus masuk keje. Nek bulu roma tgk intebiew tadii....Huuu~Okay chow dulu!


Monday, January 23, 2012

Air Terjun, Chicken Chop, Kek Batik??

6 Drop Comment
 
 
Hai semua! Salam ahad. Gongxi Facai, (betul ke aq eja nh). Haha bantai je la. Hope tak terlambat lagi nak wish. Ehem, ehem. Lately nh sakit tekak, batuk plus selseme yang melampau gare2 cuaca yang tak menentu.  Dah lama rasenya meninggalkan blog nh. Bersawang abis. Da abis final nh plus last sem before nak mengangkat kaki ke praktikal next week, da boleyla update selaloo. Huhu. Tengs yang sudi singgah even da lame bebeno tak jejak kaki, tangan semua. 
 
Balik2 je semalam mmber terus ajak g mandi manda.. Adeh layan jela pale dorang nh. Mulanya nak g templer park, pastu mmber cm tak sure tempat lak, at last g Hutan Lipur dekat area2 k.selangor. Ape tah eh tempat dy, lupe lak. Tapi yg penting happening abis. Air terjun dy tak tahann...
 

Pic ara xde yer. Hihi
Okeh habis cite sal semalam, hari nh akk aq ajak buat chkn chop... Al maklumla orang tak bekerje cuti ari nh. Jadi banyak la masa nak  buat. Just remeh sikit nak buat ekcelli. Tapi ape pun mencube yg penting. Hasil dy, berbaloi2.. Kalah mama n papa chop grill..HAHA 

Bahan untuk Black Paper Sauce

Lepas tu aq sempat buat KEK BATIk. Simple je kek nh, tak perlu lah nak di baked macam kek lain plus kos dy murah. eheheh~

B4 letak dalam freezer.
p/s: Tetibe rase yang blog nh da macam blog resepi. Mutul ke? Kehkeh
 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Tuesday, December 27, 2011

1st Homemade : Blueberry Cheese Tart

3 Drop Comment

Hai semua, salam selasa. Nyum2 tengok name pun  sure bole buat orang terliur. 


Gambar Hiasan


-
Bila dah siap lagii superb rase dy, just sape yang nak diet tu makan ala kadar je la yer, sbb fully cheese. Hehe. Okeh nak blaja tak? senang je. Jom tengok resepi dy:


Bahan untuk Sweet Pastry
  • 125 gm mentega/ margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) 
  • 240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling

  • 250 gm cheese cream
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-Cara

  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
  • Sweet Pastry- Pukul mentega dan gula aising sampai creamy, masukkan telur, pukul lagi. selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. biarkan doh selama lebih kurang 15 minit sebelum dimasukkan ke dlm bekas acuan tart.
  • tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Trim tepinya dengan pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan tart.
  • Cheese Filling- pukul cream cheese, mentega dan gula aising. akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  • Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh art yang sudah dibakar tadi. hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180C selama 10minit.
Okeh, dah siap!


Gare2 tade keje, kali pertama nak mencuba, wif my sista so jadila Tart  yang tak berapa nak comel  nh. hihi. Selamat mencuba!




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Sunday, December 18, 2011

Kalau dah berjanji nape tak tunaikan??

12 Drop Comment

Hai semua, salam ahad~

Yeaaah, finally lepas segala beban, just presentation BEL and  focus on final, pasetuu buat preparation pergi internship.  Alahai, bila fikir jadi cuak laa pulak. Yela, tak pernah ade experience keja opis. Wuu, betul ke orang cakap kena buli? 

Okay, macam biasa selalu melalut. Go back kat tajuk entry tuh, bukan hape, bengang sesangat. Kalau la bengang tu boleh bercakap. Bhaha. ini kisah benar, Z bukan nama sebenar, bukan nak aibkan tapi cukup laa sekadar pengajaran untuk para bloggers. story nya, Z nh dulu 1 flat dengan aku. But bila da besar nh, aq dah pindah jauh. Ari tu dy mintak no dalam fb, then ak bagi. Dah nama pun kawan. Dy pun dah kenal family ak. Tak lama lepas tu, dy mesej and ada masalah kewangan. Ayat dy lebey kurang cm nh:

"F, ak nak mintak tolong, ak susah sgt, mmber ak pinjam ak duit, lepas tu tak bayar. Demi Allah F, aku tak tipu, ak nak pinjam duit ko cikit, nak buat belanja, bla bla..bla..."

Sebulan lepas tu, kebetulan ak mmg terdesak siyesly. Haha. kalau dah kaki tipu tu memang bayak putar belit nya, just imagine ak kena tipu dua hari, 1st day kata okay lepas balik keje dy masukkan, tapi takdee. 2nd day dy kata dy da suh cousin dy masukkan. Tapi at last hampehh, main point aq tak mengharapkan sebenanya duit tu, tapi  dah DEMI ALLAH bagai, tak baiklah mainkan nama tuhan, If takde duit lagi nak bayar, ak faham. But dy buat aq terhegeh-hegeh, ibarat ak yang pinjam duit dy sebenanya. Fuhh, tak sangka member sendiri buat cm tu. *Membara*

Motif=> Hidup nh kena selalu berhati-hati, susah nak cari orang yang jujur. The end.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Saturday, December 10, 2011

Pembukaan One Segamat Mall

6 Drop Comment


Salam Ahad. Hai, cepatnya masa berlalu. Dan2 busy nh seminggu, 24 jam sehari pun rasa tak memadai. Gara-gara asignment yang menimbun. Saba la wahai hati, lumrah student plus tinggal lagi dua minggu nak ke final week. Gud Luck yang mengambil BBA in Finance. 

Kehkeh, tak abis2 update bab study, readers pun dah naik muak kut. Eh jgn laa muak dulu. Semalam bosan bosan saja-saja la pergi ONE SEGAMAT MALL. Buat student2 UiTM  SEGAMAT, Johor or yang duduk area segamat dah masak sangat. Dari  Diploma smpi la da nak menamatkan Degree baru nak merasa pembukaan MALL kat sini fully ada wayang. Jakun beb, and bangga sekejap untuk segamat. Lau tak selama nh, duk ulang alik ke MELAKA semata-mata nak tengok wayang. Ohh, itu sume kos, perabih bores aje. 




Tapi buat masa nh, belum sepenuhnya lagi pembukaan, diorang baru nak promote wayang. Tiket wayang PERCUMA! wats? haha. Ya, pada awal sangkaan aq orang ramai akan berpusu-pusu beratur  berebut nak tiket wayang. Meleset jangkaan aq, rupanya "hujan di tengah hari." Ekcelli filem yang dityangkan tu da lapok kut, macam REAL STEEL, KL GANGSTER, yang penting da 2,3 bulan yang lepas. Dads' y tak ramai orang.



Okay, semalam  berkesempatan tengok REAL STEEL, wa belum tengok lagii beb. 5 * aq bagi. Giler arh, Superb!. Yang belum tonton, silalah ye, tak rugii! 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Thursday, December 1, 2011

Pengakuan ibu bercinta dengan anaknya: Live

9 Drop Comment

Hai! ada juga manusia macam nh. Time tengah belek2 laman MUKA BUKU terjumpa video nh. Aq tade niat pun nak buka aib mereka nh, just untuk sharing dan  sama-samala kita amik iktibar.  Mulanya, aq ingatkan  gimik realiti show, tp bila tengok sendiri audience dalam studio tu, memang tak dinafikan lagi mereka nh tanpa segan silu ikhlas membuat pengakuan. Okay la, banyak pulak membebel, korang tengok dulu and judge sendiri yer. #hehe

PART 1


PART 2




Bila tengok macam2 perasaan ade, nak tergelak, nak ape. Err, aq ingatkan selama nh, anak telan mak, tak pun bapak telan anak. Ini suka sama suka lak. Anak dy pun just let go ape yang mak dy mintak. Mungkin tanak menghampakan permintaan mak nye. Bole terima?


Friday, November 25, 2011

Perlu ke ingat ex??

20 Drop Comment







Hari niey duk melayan emosi je. Bahanenya, kerja satu haprak pun tak jalan. Bukan takde keje, menimbun lagi, tapi bile dah tade mood sume jadi spoiled. Biarlah kerja tu ada kualiti dari carca merba. Ibarat tikus membaiki labu. Bertambah beruk.

Bukan ni yang aku nak canangkan, berbalik tajuk asal. "Pernah tak kekadang tu otak korang gatal-gatal melayang engat kat ex korang? even dah ade bf/gf. Haha, lepas tu  teringat  kenangan manis kau dan aku :

#minum air kelapa tepi pantai sambil disulam lagu2 romantis 
# berlari-lari di liku2 pantai, dinner di restoran terapung plus setangkai bunga ros merah
# (romantik kau maria!) 
#bergelak ketawa ibarat sume yang indah2 belaka. 

Adeh! Yang nh tak tahan, mulalah mencurah-curah air mata, berguling-guling kesal, tambahan pulak korang tengah berbalah dengan bf/gf korang yang sekarang. *Wujud laa kata-kata nista "kenapa la si dy nh tak macam si anu tu, nape la si dy nh cm nh". Paling best pulak tu, ex korang tu text sms/call. Awalnya bertanya kaba, lama kelamaan kenangan lama menjadi bualan. PARAH! Memang tak dapat nak nolong. Pandai2 la Kau labu. Cuma tips yang ak ade, kalau rase diri korang tak kuat, or cepat berubah-ubah macam ak nh, hehe. Better jangan layan ex2 korang tu. Abaikan ajee~

Kesimpulannya: Tak salah kalau nak ingat ex tu, tapi berpada-pada lah, jangan sampai yang ada berciriran yang dikendong tak dapat. Tak ke haruu. Yang lepas tu biarkanlah  berlalu, tak guna ditangisi. 10 tahun si dia yang lepas akan sama 10 tahun yang akan datang. Jadi tak rugi keputusan yang korang buat tu.

Sekian:>




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Friday, October 28, 2011

RM1 juta jaga anak bekas polis! Proud of u father!

2 Drop Comment
Ello readers!~


Aiseyy da bersarang blog. Hampir sebulan tak mengupdate~ Ade ke yang merindu belogs nh? ehehe.. Untuk para stalker of coz laa kut. Untunglaa klu ade org nak stalk makk. ekeke, ape-ape pOng tengs for visit. Makk tak kesahh~

Alhamdulillah, weekeng yang sangat peacefull, settle untuk test 1, assigment sume. Next week dah start Mid term break. Yeahh! # Tetibe. Tayah nak yeahh sangat after 1 week cuti, menimbun lagi keje. Next yer punya internship pun da apply. Tunggu result aje dapat ke tak. 

Just nak update, ari tu duk belek2 kosmo, bukan kosmo je tapi sume paper rasenye. =.= KOSMO My dad lorr. (Baju kuning) wif my Bro. Kelaka. Haha. 2, 3 kali belek. Ape celita nye? PM najib nak bagi subsidi untuk anak-anak bekas polis katenyee. Cewahh! Pemess ayh aku nh kejap.. tumpang pemes skali jugak abah ye!....ehehe~ 

NAJIB (kanan) bermesra dengan bekas polis dan pesara polis yang menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri di Kuala Lumpur semalam.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Monday, September 26, 2011

Sauna Di Kolam Air Panas, Gadik.

8 Drop Comment
Ello readers!~


Last day A.B dan teman-teman berpeluang overnite di sekitar Melaka. Perjalanan dari Segamt ke Melaka mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bergantung kepada kelajuan. Disebabkan bebanan asgmnt yang terlalu banyak kami bersepakat "melepak king" di situ. Apa yang boleh A.B katakan, SUPERB beb. Tidak perlu bersusah payah menabur duit ke SPA untuk bersauna. HEK2. Sekali sekala badan kite perlu relax dan dibelai.~




Dewasa RM4, kanak-kanak RM2.Time pergi A.B tak bawak baju. Konon-konon nak rendam kaki, at last A.B lenjun basah. Kolam air panas Gadik disusun mengikut suhu. Ada yang kurang panas, sederhana, dan panas tahap menggelegak. Tapi ada juga SUPERHERO yang berjaya  mengharungi air panas tersebut. Haha. A.B solute~ 





Info selanjutnya:

Terletak 25 km dari Bandar Melaka di laluan ke Tampin, turut menjadi kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya yang begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit kulit. Kolam Air Panas yang telah diberi wajah baru ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik salin dan tandas.

Saturday, September 17, 2011

Beraye Sakan dengan HOODIES (^_^)

9 Drop Comment
Ello readers!~

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Lect pun sporting2, even lonely sem nh, hope2 dapat kenal yang much better than before. Dah 3, 4 hari start class, normally 1st week nh tak start ape2 lagi plus esok CUTIII 1 Malaysia. Ramai cabut larii. HAHA. Untunglaa dapat balik. sob3

Raye lagii kah? Name pun sebulan. Jangan sentapp if wa stay lagi update bab raye. Tokks raye sebulan. Last weekend sebat ikan bakar area2 UMBAI, kalau tak silap. Family trip, makan sampai lebam. Da boley menabung if nak makan sini. 1 family tak lari RM100 plus plus. Tak rugi, sedap giless, plus view ala2 restoran terapung. So, da bole imagine. HEHE. Then malam lepak pantai klebang. Tenang jiwa wa lepak sini. Yang berduka lara tu jom join wa. 




Makan Time!

Kupang


Looks at view.



Pffttt>> Gare2 time yang sgt pack, wa just extra kan pic dari membebel tak tentu hala. HAHA

Tuesday, September 6, 2011

Countdown...Ibarat dihukum gantung!

15 Drop Comment
Ello readers!~



Harr harr hoii =.= Wah, dah kembalii bersemangat tokks*! Nak berblogging. Terharu dengan support lu orang beb. Ku akui bukan sume macam tu. Ni haa nak kabo, wa ibarat menunggu untuk digantung. Pehal pelak. Lagii 3 ari je beb nak masuk study. Tidakkk~ Npe laa wa rase sekijap je cuti 4 bulan tu. Tanak balikk bole tak. Tanak jumpe jalan SEGAR AMAT. 

Wa da fikir da bale2 yang menanti. Asignment yang menimbum, exam, bla bla. Urghh. Tapii satu je tokks* fikir nak abiskan cepat degree nh, nak sambung master! wuihh, jgn mimpi. Cukup sampai degree je. 

Friday, September 2, 2011

Red Syawall~

14 Drop Comment
Ello readers!~

Alhamdullilah, dah sebulan lbih ramadhan meninggalkan kite. Now, it's time oll muslims celebrating HARI RAYA! Yeahh. Wa punya tema taun nh merah. Orang cina kata ada ONG. Haha. Nenek wa due2 da xde. Just pinjam nenek orang. Hehe, ekcelli akk ipar punye nenek,jadila. Pinjam sekejup, ape pun best! Rindukan suasana kg dulu time arwah ade. Okay lah, klu sudi jempot dtg rumah.

Lokasi: Klebang, MELAKA.







Pffttt: status: bujang! tapi satu angpaw pun tak dapat kutip. Sob3 T_T. Terase diri dah tuee~




Friday, August 26, 2011

Sejuta wajah.........

8 Drop Comment
Ello readers!~
Salam Ramadhan.


Wajah itu mengambarkan seribu kata-kata.
Hanya mampu tersenyum. Menzahirkan luka di dalam. 
Diam nye diri ini bukan bererti kalah.
Tetapi membawa perbalahan.
Sepinya diri ini bukan merajuk.
Tetapi membawa diri ke destinasi yang lebih tenang.
Semoga diri ini tabah mengharungi liku2 mendatang.

Maafkan diri ini, andai terkasar bahasa, tercalit kaat-kata nista.
Diri ini hanya insan biasa. 
Aku percaya, setiap insan pasti melakukan kekhilafan.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN~

pffftt: ayat terlalu sastera. Maaf, hehe~

Wednesday, August 24, 2011

Berjiwang - Aku suka

20 Drop Comment
Ello readers!~

Salam ramadhan.

Mata terkebil-kebil, berjage sepanjang hari. Kepala berpinar, tak cukup tidur.

Gare2 Neslo. Namun, ak gagahkan diri demi belog tercinte~ (Lepas nh terus terbongkang!)

Nah, hayati bait2 puisi sepatah due:



Bunga yang layu tak mungkin kembang kembali,

Sesuatu yang telah pergi tak mungkin kembali lagi

Berfikirlah secara terbuka kerana hidup ini mesti diteruskan.

Pfftttttt: Kuat kah hatii aku untuk tidak menoleh. Oh sekse! Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Selamat malam=)

Monday, August 22, 2011

Terima Kasih, SAHABAT.........

20 Drop Comment
Ello readers!~



Sahabat, dulu kita bahagia

Tapi kini kita berjauhan

kerana keegoaanmu kita terpisah

Dulu, dikaulah segalanya bagi ku

Susah senang ku, kau ada di sampingku

Tapi mungkin kini takdir yang menentu

Kau tiada lagi menemani ku

Puncanya cuma satu, hanya kehadiran kekasih mu,

Aku disisihkan aku dilupakan! Aku terima seadanya

Di waktu ini, di kala kau bahagia bersamanya

Ucapan terima kasih yg mmpu ku ucapkan

Kerana pernah menyinari hidup ku

Sahabat, maafkan diri ku kerana menodai persahabatn ini

mungkin salahku sendiri

mencintai seorang sahabat sejati

mungkin sudah tiba masanya

saat yg bergelar perpisahan

Kerana dengan hadirnya diri ini

Hanya mengundang kebencian di hati kekasihmu

Kini, ak rela mengundur diri

Hanya satu pintaku, moga diri ini dilupakan 

SELAMA-LAMANYA.........

.......tErIMA kASiH sahabat..........











Friday, August 19, 2011

GEMPAR! KES SIMBAH ASID di JLN TAR!

16 Drop Comment
Ello readers!~

Salam ramadhan. Fuhh, silamat aku dah pergi awal2 jalan TAR hari tu shoping2. Nan alhamdullilah tak terjadi ape2. Kes terbaru, engko orang bayangkan, barder nh tengah tunggu mmber dy, alih2 kena simbah asid. Ape ke tade hati  manusia nh. Skang nh tengah duk bincangkan hukuman untuk si penyimbah asid nh. Bagi aku memang tak setimpal if nak compare dengan kecacatan seumur hidup just 3 thn penjara, Denda RM1000.

Eloknya, simbah je balik asid kat pasalah tu!

Dulu, sasaran utama yang pakai tudung, skang nh tak kira laki pun bole kena bila tengok kosmo on9 semalam.


KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada untuk menghukum penjenayah simbahan asid perlu dikemas kini supaya hukuman setimpal dengan kecacatan kekal yang dialami mangsa dapat dikenakan terhadap penjenayah terbabit.

Mangsa dikatakan disimbah dengan asid ketika sedang menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 1.10 pagi pada 8 Ogos lepas.
Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu melecur teruk di muka, kedua-dua belah tangan dan mata kanannya kabur kesan simbahan asid tersebut.

Sementara itu, Muhammad Khairun turut menggesa setiap pembelian asid oleh orang ramai didaftarkan supaya ia dapat direkodkan bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.
“Saya yakin melalui tindakan itu, ia akan dapat memberi persekitaran yang lebih selamat kepada komuniti,” ujarnya.

untuk info lanjut: Kosmo online ~

Sekian~


 
Reserved by miracleara.blogspot