Last day A.B dan teman-teman berpeluang overnite di sekitar Melaka. Perjalanan dari Segamt ke Melaka mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bergantung kepada kelajuan. Disebabkan bebanan asgmnt yang terlalu banyak kami bersepakat "melepak king" di situ. Apa yang boleh A.B katakan, SUPERB beb. Tidak perlu bersusah payah menabur duit ke SPA untuk bersauna. HEK2. Sekali sekala badan kite perlu relax dan dibelai.~
Dewasa RM4, kanak-kanak RM2.Time pergi A.B tak bawak baju. Konon-konon nak rendam kaki, at last A.B lenjun basah. Kolam air panas Gadik disusun mengikut suhu. Ada yang kurang panas, sederhana, dan panas tahap menggelegak. Tapi ada juga SUPERHERO yang berjaya mengharungi air panas tersebut. Haha. A.B solute~
Info selanjutnya:
Terletak 25 km dari Bandar Melaka di laluan ke Tampin, turut menjadi kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya yang begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit kulit. Kolam Air Panas yang telah diberi wajah baru ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik salin dan tandas.









