Tuesday, December 27, 2011

1st Homemade : Blueberry Cheese Tart

3 Drop Comment

Hai semua, salam selasa. Nyum2 tengok name pun  sure bole buat orang terliur. 


Gambar Hiasan


-
Bila dah siap lagii superb rase dy, just sape yang nak diet tu makan ala kadar je la yer, sbb fully cheese. Hehe. Okeh nak blaja tak? senang je. Jom tengok resepi dy:


Bahan untuk Sweet Pastry
  • 125 gm mentega/ margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) 
  • 240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling

  • 250 gm cheese cream
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-Cara

  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
  • Sweet Pastry- Pukul mentega dan gula aising sampai creamy, masukkan telur, pukul lagi. selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. biarkan doh selama lebih kurang 15 minit sebelum dimasukkan ke dlm bekas acuan tart.
  • tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Trim tepinya dengan pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan tart.
  • Cheese Filling- pukul cream cheese, mentega dan gula aising. akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  • Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh art yang sudah dibakar tadi. hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180C selama 10minit.
Okeh, dah siap!


Gare2 tade keje, kali pertama nak mencuba, wif my sista so jadila Tart  yang tak berapa nak comel  nh. hihi. Selamat mencuba!




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Sunday, December 18, 2011

Kalau dah berjanji nape tak tunaikan??

12 Drop Comment

Hai semua, salam ahad~

Yeaaah, finally lepas segala beban, just presentation BEL and  focus on final, pasetuu buat preparation pergi internship.  Alahai, bila fikir jadi cuak laa pulak. Yela, tak pernah ade experience keja opis. Wuu, betul ke orang cakap kena buli? 

Okay, macam biasa selalu melalut. Go back kat tajuk entry tuh, bukan hape, bengang sesangat. Kalau la bengang tu boleh bercakap. Bhaha. ini kisah benar, Z bukan nama sebenar, bukan nak aibkan tapi cukup laa sekadar pengajaran untuk para bloggers. story nya, Z nh dulu 1 flat dengan aku. But bila da besar nh, aq dah pindah jauh. Ari tu dy mintak no dalam fb, then ak bagi. Dah nama pun kawan. Dy pun dah kenal family ak. Tak lama lepas tu, dy mesej and ada masalah kewangan. Ayat dy lebey kurang cm nh:

"F, ak nak mintak tolong, ak susah sgt, mmber ak pinjam ak duit, lepas tu tak bayar. Demi Allah F, aku tak tipu, ak nak pinjam duit ko cikit, nak buat belanja, bla bla..bla..."

Sebulan lepas tu, kebetulan ak mmg terdesak siyesly. Haha. kalau dah kaki tipu tu memang bayak putar belit nya, just imagine ak kena tipu dua hari, 1st day kata okay lepas balik keje dy masukkan, tapi takdee. 2nd day dy kata dy da suh cousin dy masukkan. Tapi at last hampehh, main point aq tak mengharapkan sebenanya duit tu, tapi  dah DEMI ALLAH bagai, tak baiklah mainkan nama tuhan, If takde duit lagi nak bayar, ak faham. But dy buat aq terhegeh-hegeh, ibarat ak yang pinjam duit dy sebenanya. Fuhh, tak sangka member sendiri buat cm tu. *Membara*

Motif=> Hidup nh kena selalu berhati-hati, susah nak cari orang yang jujur. The end.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Saturday, December 10, 2011

Pembukaan One Segamat Mall

6 Drop Comment


Salam Ahad. Hai, cepatnya masa berlalu. Dan2 busy nh seminggu, 24 jam sehari pun rasa tak memadai. Gara-gara asignment yang menimbun. Saba la wahai hati, lumrah student plus tinggal lagi dua minggu nak ke final week. Gud Luck yang mengambil BBA in Finance. 

Kehkeh, tak abis2 update bab study, readers pun dah naik muak kut. Eh jgn laa muak dulu. Semalam bosan bosan saja-saja la pergi ONE SEGAMAT MALL. Buat student2 UiTM  SEGAMAT, Johor or yang duduk area segamat dah masak sangat. Dari  Diploma smpi la da nak menamatkan Degree baru nak merasa pembukaan MALL kat sini fully ada wayang. Jakun beb, and bangga sekejap untuk segamat. Lau tak selama nh, duk ulang alik ke MELAKA semata-mata nak tengok wayang. Ohh, itu sume kos, perabih bores aje. 




Tapi buat masa nh, belum sepenuhnya lagi pembukaan, diorang baru nak promote wayang. Tiket wayang PERCUMA! wats? haha. Ya, pada awal sangkaan aq orang ramai akan berpusu-pusu beratur  berebut nak tiket wayang. Meleset jangkaan aq, rupanya "hujan di tengah hari." Ekcelli filem yang dityangkan tu da lapok kut, macam REAL STEEL, KL GANGSTER, yang penting da 2,3 bulan yang lepas. Dads' y tak ramai orang.



Okay, semalam  berkesempatan tengok REAL STEEL, wa belum tengok lagii beb. 5 * aq bagi. Giler arh, Superb!. Yang belum tonton, silalah ye, tak rugii! 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥

Thursday, December 1, 2011

Pengakuan ibu bercinta dengan anaknya: Live

9 Drop Comment

Hai! ada juga manusia macam nh. Time tengah belek2 laman MUKA BUKU terjumpa video nh. Aq tade niat pun nak buka aib mereka nh, just untuk sharing dan  sama-samala kita amik iktibar.  Mulanya, aq ingatkan  gimik realiti show, tp bila tengok sendiri audience dalam studio tu, memang tak dinafikan lagi mereka nh tanpa segan silu ikhlas membuat pengakuan. Okay la, banyak pulak membebel, korang tengok dulu and judge sendiri yer. #hehe

PART 1


PART 2




Bila tengok macam2 perasaan ade, nak tergelak, nak ape. Err, aq ingatkan selama nh, anak telan mak, tak pun bapak telan anak. Ini suka sama suka lak. Anak dy pun just let go ape yang mak dy mintak. Mungkin tanak menghampakan permintaan mak nye. Bole terima?


 
Reserved by miracleara.blogspot