![]() |
| Gambar Hiasan |
- 125 gm mentega/ margerin
- 60 gm gula aising
- 1 biji telur (gred B)
- 240 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling
- 250 gm cheese cream
- 50 gm gula aising
- 20 gm mentega
- 1/2 sudu besar perahan lemon
- 1 biji telur (gred B)
- Blueberry pie filling
Cara-Cara
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
- Sweet Pastry- Pukul mentega dan gula aising sampai creamy, masukkan telur, pukul lagi. selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. biarkan doh selama lebih kurang 15 minit sebelum dimasukkan ke dlm bekas acuan tart.
- tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Trim tepinya dengan pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan tart.
- Cheese Filling- pukul cream cheese, mentega dan gula aising. akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
- Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh art yang sudah dibakar tadi. hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180C selama 10minit.
Okeh, dah siap!
Gare2 tade keje, kali pertama nak mencuba, wif my sista so jadila Tart yang tak berapa nak comel nh. hihi. Selamat mencuba!
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Entry Ara! Luv ya! ♥
































