skip to main |
skip to sidebar

Hai! Korang pernah tak jumpa golongan yang terlalu depress, everything yang orang lain buat ada saja yang tak kena. Marah tak tentu fasal, takde angin takde ribut. Mengada-adakan cerita yang takde. Lebih parah sanggup menjatuhkan orang lain, dan mengaibkan orang lain, dengan erti kata lain meroyan atau apa-apalah yang dibuat asalkan diri sendiri puas. Alaa, senang kata macam penyakit gila "FESSIBUK", bila si anu menuduh si anu dengan tuduhan yang tidak berasas dalam fb, lepas tu pulak berderet laa yang mmberi respon tanpa menyelidik kebenaran satu pihak yang lain. Orang putih kate: You are not in my shoes. Orang melayu pulak kate: Jaga kain sendiri, jangan suka menyelak kain orang lain. Pada peringkat awal gol. ini memang ramai pengikut disebabkan ayat-ayat simpati dan bombastik mereka. Lama kelamaan apabila kebenaran terbongkar xde lagi yang percaye. Kesian kan. Lebih baik berdiam diri dari berkata-kata. Berdiam diri tak semestinya kalah. Yes, memang ade orang mcm nh. Kalau pernah kena, dun weryy mereka nh mmg mental.

Apa yang dimaksudkan dengan mental nh sebenanya. Aku sure sume orang tau. Yang tak tau tu, anda tergolong dari golongan yang mental. hihi;p Di saat menaip entry nh, idea mencurah-curah sebabnya aku dah jumpa ciri-ciri orang yang mental nh. (Identiti dirahsiakan). Fakta mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada 9 penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia. See! Bermakna salah seorang daripada orang disekeliling anda akan menghidap penyakit nh. Mental yang aku maksudkan di sini bukan mental yang tahap kronik macam kat Hospital Bahagia, Tampoii tu. Mental yang aku maksudkan tahap yang masih boleh dikawal dan diubati. Maksdnya bukan di tahap serius.
12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental- Golongan sakit mental nh merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja. Puncanya bagi wanita krn maslh dgn pasangan dgn anak-anak. Bg kaum adam, punca lebih kpd kemalangan jln raya yang mana mengalami kecederaan otak dan salah guna dadah.
Sebenarnya mental nh bermula dari masalah kemurungan (depression), ketakutan (fobia), keresahan (anxiety) yang berpanjangan. If korang ada tanda-tanda nh, dan berpanjangan cepat-cepatla berjumpa pakar sebelum ke tahap PSIKOSIS, sebelum orang sekeliling terancam dan yang tak berdosa turut terlibat sekali. Pencegahan awal, amalkan cara hidup yang sihat, bersosial dan tidak terlalu obses memikirkan masalah dan mengurungkan diri. Info lanjut, boleh cari mr google or yahoo.. Muahaha, Sekian ;)
P/s: sekadar renungan bersame ;)